This blog is dedicated to my family, relatives and friends who have been supporting and motivating me tirelessly to face this terrible ordeal. The same goes to all of you out there whose lives have been touched by this horrible disease called oral cancer in one way or another. I have been able to pull through because of your kind thoughts and constant prayers.
Thursday, June 12, 2008
Prroses Sebelum Pembedahan
Selepas mendapat keputusan biopsi yang mengesahkan saya mengidap kanser lidah, saya terpaksa membuat ct scan untuk mengenalpasti saiz ketumbuhan. Ct scan itu dibuat pada 27 Mar di hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Untuk pengetahuan semua, proses ct scan ini dimulakan dengan satu suntikan cecair berwarna ke dalam urat di lengan supaya imej ketumbuhan cancer boleh dipaparkan dengan jelas. Kemudian, saya dibaringkan atas satu katil yang akan bergerak ke dalam satu gelung yang akan memancarkan gelombang ke bahagian mulut dan tekak. Hmm..ok juga. Tidak menakutkan seperti yang diberitahu oleh beberapa orang yang pernah melaluinya. Selepas itu, doktor membuat temujanji untuk berjumpa dengan pakar Ear, Nose and Throat (ENT) atau Pakar otorinolaringology. Itu baru saya tahu bahawa otorinolaringology itu adalah sama dengan ENT. Pada 1 hb April, saya bersama suami pergi berjumpa dengan pakar ENT tersebut iaitu Dr Hisham. Setelah merujuk kepada imej ct scan, Dr Hisham kata cancer saya ini adalah tahap 2-3 dan rawatan yang terbaik ialah pembedahan di mana 2/3 atau semua lidah terpaksa dipotong. Katanya saya tidak akan dapat bercakap dan akan menghadapi masalah untuk makan. Pembedahan itu pula akan disusuli dengan rawatan radio therapy. Perasaan saya waktu itu hanya tuhan yang tahu, tapi, saya fikir saya terpaksa menghadapi segalanya dengan tabah dan sabar. Ini baru saya faham makna sabar dalam erti kata sebenar. Bukan senang nak bersabar menghadapi ujian Allah. Pembedahan itu pula adaah pembedahan besar (major operation) dan hanya hospitl Sultanah Bahiyah, Alor Star sahaja yang ada kepakaran dan kelengkapan untuk melakukannya. Pada 7hb. April saya pergi jumpa pakar ENT Dr. Zulkifli di hospital AS. He is a very good and experience doctor. Selepas memeriksa lidah saya, beliau terus kata cancer saya adalah tahap 4 dan perlu dibedah dengan segera. Nasib baik tak ada tahap 5. Kalau tidak mungkin dia kata tahap 5, saya fikir dalam hati. Beliau memberi tarikh 16 April untuk pembedahan tersebut. Dia tanya adakah saya bersetuju. Nak kata apa. I had no choice. Nak lidah ka? Nak nyawa ka?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment